THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010 dan Maal Hijrah 1431H

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua....

Selamat menyambut Tahun Baru 2010 dan Maal Hijrah 1431H...
Sungguh pantas masa berlalu pergi tanpa menunggu walau sedetik pun...
Kini kita berada di tahun 2010, 1431H...

Pastinya setiap kedatangan tahun baru disertai dengan azam baru...
Harapan saya agar tahun ini membawa lebih banyak perubahan kepada kebaikan...

Kepada pelajar2 SMKTD,
mulakan tahun baru ini dengan niat dan azam yang kuat untuk menuntut ilmu dan bersungguh-sungguh dalam semua perkara yang dilakukan...
Anda semua pasti boleh melakukan sekiranya anda berfikiran positif dan sentiasa mahu maju ke hadapan...

Kepada rakan2 guru SMKTD,
selamat kembali bertugas, semoga tahun ini kita semua dapat menjalankan amanah yang diberi dengan penuh rasa tanggungjawab dan keikhlasan...
Tunjuk ajar dari guru2 yang senior amatlah diharapkan dan dihargai bagi guru baru seperti saya...
Semoga kita semua dapat bekerjasama dengan lebih baik untuk meningkatkan lagi prestasi SMKTD 2010.

Akhir kata,
Salam 2010 1431H buat semua (",)

Monday, October 12, 2009

TiPs MenGhaDaPi PePeriksaAn DaRi AsPeK KeRoHaniAn & KeAgaMaAN

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Kamil b. Hj. Sidek sempena program Barnamij Lil Mutafawwiqin.

TiPs 1: BAIKI HUBUNGAN DENGAN ALLAH S.W.T

- pelihara solat 5 waktu
- beribadat dan membaca Al-Quran
- memohon ampun ( istighfar) dan zikrullah
- tunaikan solat hajat dan solat sunat dhuha
- puasa sunat dan perbanyakkan doa
- bertawakal kepada ALLAH setelah berusaha dengan gigih

TiPs 2: BAIKI HUBUNGAN DENGAN RASULLULLAH S.A.W

- mentaati Rasullullah
- mengikut jejak langkah Rasullullah s.a.w dalam setiap cara hidup
- mengasihi Rasullullah s.a.w melebihi makhluk lain
- mengagungkan nama dan memuliakannya ketika menyebutnya

TiPs 3: BAIKI HUBUNGAN SESAMA MANUSIA (IBU BAPA, GURU & RAKAN)

- minta maaf kepada mereka atas setiap kesalahan dan ketelanjuran.
- minta doa restu
- mohon sokongan moral dan rohani sewaktu peperiksaan
- jangan sakiti / menyinggung perasaan mereka
- minta halal / redha / doa

***Semoga sedikit ilmu ini dapat diamalkan dan dikongsi serta dijadikan sebagai panduan dalam menghadapi peperiksaan dan kehidupan seharian. (",)

Monday, September 14, 2009

SaLaM LeBaRan BuaT SeMua

Selamat menyambut kehadiran Aidilfitri...
Minta maaf Zahir dan batin...
Berhati-hati di jalan raya..
Semoga berhari raya dengan gembira :)

Saturday, August 29, 2009

SaLaM MerDeKa....

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke - 52
Semoga perpaduan dan keamanan yang telah sekian lama dikecapi dapat dikekalkan selamanya.

Thursday, August 20, 2009

SeLaMaT BerPuaSa di BuLaN RaMadHaN (",)

Sempena menyambut kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini saya ingin menyusun 10 jari meminta maaf diatas segala kesalahan lalu...
Semoga kedatangan bulan Ramadhan ini akan memberi ruang dan peluang untuk kita memperbanyakkan ibadat dan mendapat keredhaan Allah...

video

Thursday, July 23, 2009

Kursus Pembestarian Sekolah @ IPGM KL

Pada 29/06/2009 ~ 24/07 2009 saya telah menghadirkan diri ke Kursus Pembestarian Sekolah @ IPGM Lembah Pantai KL. Kursus ini dihadiri oleh 21 orang guru dari seluruh negeri Selangor.

Matlamat utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada guru mengenai elemen bestari dan aplikasi dalam P&P di sekolah.

Sepanjang kursus kami telah diberi pendedahan kepada perkara-perkara berikut:

1) Elemen Bestari dalam P&P
2) PBL (Project Based Learning) dalam P&P
3) Pemantapan RPH (Set induksi, Objektif, Aktiviti dan Penutup)
4) TMK
5) Tapak Pembelajaran ( Hyperlink dalam Ms Power Point)
6) VCDcutter
7) Youtubedownloader
8) Windows Movie Maker
9) Membina Blog

Kursus Pembestarian Sekolah ini telah memberi ruang kepada saya menimba ilmu pengetahuan daripada pensyarah dan juga rakan-rakan guru yang lain disamping meningkatkan lagi pemahaman dalam bidang perguruan terutamanya dalam penulisan RPH dan TMK.

Seorang pensyarah menyatakan bahawa"Mengajar merupakan salah satu cabang seni. Guru perlu lebih kreatif dalam merancang pengajaran agar dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan dan pelajar dapat menerima ilmu tersebut dalam suasana pembelajaran yang menggembirakan".

Berakhirnya kursus ini maka bermulalah program khidmat sokongan yang perlu dilakukan oleh semua peserta kursus di sekolah masing-masing selama sebulan bermula dari 27/07/2009~21/08/2009 dan akan dipantau oleh pensyarah dari IPGM.

Harap semuanya akan berjalan lancar dan mendapat kerjasama dari semua pihak.

Untuk makluman, bahan-bahan daripada kursus ini telah dimasukkan ke dalam Server SMKTD dan boleh dilihat pada alamat berikut:

file://bea1066sa003/kurikulum/BAHAN KURSUS PEMBESTARIAN SEKOLAH

Sekian, terima kasih.





Saturday, July 18, 2009

HaRrY PoTtEr ...



Harry...Harry...Harry Potter.... (",)

Walaupun buku cerita ni dah lama di pasaran tak pernah sekalipun terdetik di hati nak beli n baca dan tak pernah pun tengok cerita ni kat panggung.

Tapi nak dijadikan cerita.... jeng...jeng...jeng.....


Masa cuti skolah hari tu g umah makcik.. terpandang pada deretan buku harry potter ni... saje la nak tgk2.... n amik buku no. 1... start je baca dah rasa 'menarik gak buku ni' ... hurmm tapi tak sempat nak baca habis.. terus berniat nak ada koleksi buku ni.. n sekarang dah berjaya ada satu set harry potter n dah habis baca pun(",)


Baru baru ni dah tengok dah cerita Harry Potter n the Half Blood Prince kat wayang :) Tapi rasanya baca buku n tgk kat wayang lagi best baca buku (^_^) sbb lebih adventure n dramatik.


Moral of the story : Tak KenaL maKa Tak CinTa... hehe (,")(",)

kalau dah kenal ........ hurmmm???