THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010 dan Maal Hijrah 1431H

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua....

Selamat menyambut Tahun Baru 2010 dan Maal Hijrah 1431H...
Sungguh pantas masa berlalu pergi tanpa menunggu walau sedetik pun...
Kini kita berada di tahun 2010, 1431H...

Pastinya setiap kedatangan tahun baru disertai dengan azam baru...
Harapan saya agar tahun ini membawa lebih banyak perubahan kepada kebaikan...

Kepada pelajar2 SMKTD,
mulakan tahun baru ini dengan niat dan azam yang kuat untuk menuntut ilmu dan bersungguh-sungguh dalam semua perkara yang dilakukan...
Anda semua pasti boleh melakukan sekiranya anda berfikiran positif dan sentiasa mahu maju ke hadapan...

Kepada rakan2 guru SMKTD,
selamat kembali bertugas, semoga tahun ini kita semua dapat menjalankan amanah yang diberi dengan penuh rasa tanggungjawab dan keikhlasan...
Tunjuk ajar dari guru2 yang senior amatlah diharapkan dan dihargai bagi guru baru seperti saya...
Semoga kita semua dapat bekerjasama dengan lebih baik untuk meningkatkan lagi prestasi SMKTD 2010.

Akhir kata,
Salam 2010 1431H buat semua (",)