THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, July 23, 2009

Kursus Pembestarian Sekolah @ IPGM KL

Pada 29/06/2009 ~ 24/07 2009 saya telah menghadirkan diri ke Kursus Pembestarian Sekolah @ IPGM Lembah Pantai KL. Kursus ini dihadiri oleh 21 orang guru dari seluruh negeri Selangor.

Matlamat utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada guru mengenai elemen bestari dan aplikasi dalam P&P di sekolah.

Sepanjang kursus kami telah diberi pendedahan kepada perkara-perkara berikut:

1) Elemen Bestari dalam P&P
2) PBL (Project Based Learning) dalam P&P
3) Pemantapan RPH (Set induksi, Objektif, Aktiviti dan Penutup)
4) TMK
5) Tapak Pembelajaran ( Hyperlink dalam Ms Power Point)
6) VCDcutter
7) Youtubedownloader
8) Windows Movie Maker
9) Membina Blog

Kursus Pembestarian Sekolah ini telah memberi ruang kepada saya menimba ilmu pengetahuan daripada pensyarah dan juga rakan-rakan guru yang lain disamping meningkatkan lagi pemahaman dalam bidang perguruan terutamanya dalam penulisan RPH dan TMK.

Seorang pensyarah menyatakan bahawa"Mengajar merupakan salah satu cabang seni. Guru perlu lebih kreatif dalam merancang pengajaran agar dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan dan pelajar dapat menerima ilmu tersebut dalam suasana pembelajaran yang menggembirakan".

Berakhirnya kursus ini maka bermulalah program khidmat sokongan yang perlu dilakukan oleh semua peserta kursus di sekolah masing-masing selama sebulan bermula dari 27/07/2009~21/08/2009 dan akan dipantau oleh pensyarah dari IPGM.

Harap semuanya akan berjalan lancar dan mendapat kerjasama dari semua pihak.

Untuk makluman, bahan-bahan daripada kursus ini telah dimasukkan ke dalam Server SMKTD dan boleh dilihat pada alamat berikut:

file://bea1066sa003/kurikulum/BAHAN KURSUS PEMBESTARIAN SEKOLAH

Sekian, terima kasih.





0 comments: